Berlawan Dengan Syaitan 3: Pengamal Ilmu Sihir

Front Cover
Geinwo Enterprise, Nov 16, 2019 - Fiction - 157 pages

Shah Iskandar kembali dengan pengembaraan baru bersama abahnya menentang golongan yang kufur dan syirik. Mereka ini menggunakan ilmu sihir sebagai jalan penyelesaian kepada semua permasalahan mereka.

Kisah berkisar dengan seorang lelaki yang putus harap dengan kehidupannya. Tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki tidak dikenali yang berniat untuk membantunya mengubah kehidupannya. Syukri bersetuju dengan lelaki misteri yang tidak diketahui namanya untuk ikut dia pulang ke rumahnya. Namun yang demikian, lelaki berkenaan membawa Syukri ke suatu tempat terpencil di ibukota menyebabkan beliau merasa hairan dan hampa. Sesampainya mereka disebuah kawasan yang hanya dipenuhi semak samun, Syukri melihat lelaki misteri tersebut berhenti disitu. Kemudian, dia mengangkat tangan dan menyebut perkataan yang tidak difahami. Secara tiba-tiba tanah dikawasan berkenaan bergegar dan dengan mata kepalanya sendiri Syukri melihat sebuah rumah yang sangat besar ala rumah banglo muncul dari dalam tanah dan timbul dipermukaan dikawasan berkenaan. Syukri yang sangat takjub melihat peristiwa berkenaan tidak mampu meluahkan sebarang patah perkataan. Beliau hanya mengikut sahaja lelaki misteri berkenaan masuk ke rumah berkenaan dan menikmati pemandangan yang tidak pernah dilihatnya seumur hidup. Bermulalah hidupnya yang baru dengan cara hidup yang tidak pernah difikirkannya sebelum ini.


Masalah timbul apabila Syukri sudah mula lupa diri dan menyebabkan kekacauan dalam masyarakat. Ilmu sihir yang dimilikinya mengubah dirinya menjadi takbur dan bongkak.

 

Dia mula melakukan perkara-perkara yang jahat dan kotor demi memuaskan hati dan nafsunya. 


Apakah kesudahan cerita kali ini? Dapatkan nashkah anda hari ini!

 

Contents

Kandungan Pengenalan
7
Lelaki Misteri
9
Gangguan Syaitan
21
Halangan
30
Tamrih Si Tua Bertongkat
41
Jahsy Yang Hilang
47
Tamatnya Pencarian
53
Perjanjian Si Pemuja Syaitan
58
Nafsu Syaitan
84
Pengamal Ilmu Sihir
92
Balas Dendam
96
Pertempuran Penghabisan
107
Taubat Nasuha
126
Perginya Seorang Perwira
130
Bab 17 Binasanya Si Tamrih
137
Biodata Penulis
145

Anakku hilang
62
Ayahku
69
Mengalah Bukan Menyerah
79
Penutup
148
Sekadar Perkongsian Ilmu
152
PROMOSI
155

Common terms and phrases

About the author (2019)

Bismillahirahmanirrahim.

Saya adalah penulis baru dalam dunia penulisan. Sebelum ini saya hanya menulis di Blog sahaja dan tidak pernah menulis atau pun menjadi penulis jemputan sepertimana sejarah latar belakang penulis-penulis yang lain. Saya menerima pendidikan sehingga ke peringkat ijazah di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengurusan. Saya juga mempunyai kelulusan dalam bidang Diploma Komputer Sains dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bidang penulisan merupakan bidang sambilan saya kerana saya masih lagi berjinak-jinak dengan ilmu dalam menulis cerita atau menghasilkan karya kreatif dalam genre kegemaran saya iaitu seram/misteri dan cinta/romantik.

Segala kekurangan dan kekhilafan saya dalam menulis cerita ini harap ampunkan kerana saya hanya manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan.

Sesungguhnya yang baik itu hanya dari Allah swt dan yang tidak baik itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.

Wassalam wbt.

Sekian,

Shah Iskandar

 

Bibliographic information