Menulis Sitcom: Mencontohi Pi Mai Pi Mai Tang Tu (UUM Press)

Front Cover
UUM Press, Jan 1, 2018 - Performing Arts - 148 pages

Sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu adalah sejarah dalam dunia penyiaran di Malaysia. Sitcom ini menjadi program televisyen yang bertahan paling lama, bermula tahun 1985 dan berterusan selama hampir 18 tahun. Inilah sejarah yang tercipta oleh dua orang karyawan – Hatta Azad Khan dan Othman Hafsham. Buku Menulis Sitcom – Mencontohi Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini ditulis khusus bagi memberikan serba sedikit gambaran bagaimana idea bagi sebuah drama komedi yang asalnya dipentaskan sebagai sebuah produksi teater, boleh dikembangkan menjadi siri televisyen yang diminati ramai. Buku ini turut dilengkapi contoh skrip serta contoh bagaimana menyediakan kertas proposal untuk dihantar kepada penerbit atau stesen televisyen. Kaedah menulis sitcom dimulai dengan mengenali sejarah luar dan dalam negara, mengkaji kelainan sitcom berbanding genre lain, mengenali struktur dan elemen, mencipta watak dan seterusnya memilih tajuk yang sesuai.

Buku ini boleh dijadikan panduan yang sangat sesuai dan berguna oleh tenaga pengajar serta pelajar yang mengambil jurusan penulisan skrip di pusat pengajian tinggi atau sesiapa saja yang mempunyai minat dalam penulisan skrip dan mahu mencuba menulis sitcom. Pembaca boleh menjadikan dua buah naskhah daripada Siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu - Episod Hangus (Bahagian I dan II) dan Episod Kumbang (Bahagian I dan II) sebagai contoh yang boleh diikuti.

 

Selected pages

Contents

Section 1
5
Section 2
11
Section 3
17
Section 4
24
Section 5
27
Section 6
30
Copyright

Common terms and phrases

Bibliographic information