Puaka Pentas Dewan SekolahAmanda semakin asyik dalam tariannya. Menari mengikut irama. Membawa diri dalam alunan Ulik Mayang sambil memejamkan mata. Tarian Amanda kelihatan lebih baik daripada hari sebelumnya. Seolah-olah ada yang mengawal pergerakannya. “Cikgu, tengok Amanda!” jerit seorang pelajar kebudayaan sambil menuding jari ke pentas. Jeritan itu mengejutkan lamunan Cikgu Zarina. Amanda masih menari, namun kakinya tidak lagi menjejak lantai pentas! Cikgu Zarina menjerit memanggil Amanda. Hatinya bergolak resah. Dia tahu Amanda kesurupan. Jika tidak, mana mungkin pelajarnya boleh terapung demikian! Muzik dihentikan, namun tarian Amanda masih terus berlangsung. Sesekali bunyi esakan perlahan-lahan kedengaran, seolah-olah ada gadis sedang menangis di bawah papan-papan lantai pentas dewan sekolah mereka itu. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya. |
From inside the book
Results 1-5 of 27
... ujar Auni setelah melihat rakannya hanya mendiamkan diri. Amanda diselimutkan sebelum dia berlalu menutup suis lampu. Amanda terpaku. Bukan dia tidak mahu berkongsi rasa dengan Auni tetapi mimpi yang dialami terasa bagai benar- benar ...
... ujar Cikgu Zarina selaku guru kelas. Salam bersambut dan para pelajar kelas mulai riuh menyambut kedatangan pelajar baru itu. Rata-rata memuji kecantikannya dengan kulit putih melepak dan kurus tinggi. Rambutnya yang panjang dan perang ...
... ujar Auni perlahan. Hatinya dipagut resah. Bimbang terjadi perkara yang sama. Dia tahu, pasti Waheeda bakal menggantikan tempat Amanda yang cedera. “Cikgu? Oo... cikgu?” “Cikgu...?” Pintu ditolak perlahan apabila salam yang diberi tidak ...
... ujar Auni mencelah perlahan. Sudah menjadi kewajipannya mengingatkan rakan-rakan sementelah hari sudah lewat petang. Bimbang lewat dan risau perkara seperti dulu berlaku lagi. Apatah lagi mereka baru selesai menjalani latihan Ulik ...
... ujar Auni sambil menarik tangan Waheeda menurutinya . Setelah agak jauh , Waheeda menarik tangannya . Sakit pergelangan tangannya dek pegangan Auni yang terlalu kuat . " Kau ni kenapa ? Nak kata kena kejar hantu , masih siang lagi ni ...