Puaka Pentas Dewan SekolahAmanda semakin asyik dalam tariannya. Menari mengikut irama. Membawa diri dalam alunan Ulik Mayang sambil memejamkan mata. Tarian Amanda kelihatan lebih baik daripada hari sebelumnya. Seolah-olah ada yang mengawal pergerakannya. “Cikgu, tengok Amanda!” jerit seorang pelajar kebudayaan sambil menuding jari ke pentas. Jeritan itu mengejutkan lamunan Cikgu Zarina. Amanda masih menari, namun kakinya tidak lagi menjejak lantai pentas! Cikgu Zarina menjerit memanggil Amanda. Hatinya bergolak resah. Dia tahu Amanda kesurupan. Jika tidak, mana mungkin pelajarnya boleh terapung demikian! Muzik dihentikan, namun tarian Amanda masih terus berlangsung. Sesekali bunyi esakan perlahan-lahan kedengaran, seolah-olah ada gadis sedang menangis di bawah papan-papan lantai pentas dewan sekolah mereka itu. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya. |
From inside the book
Results 1-5 of 26
... tiba dengan beberapa orang guru lelaki . Tangga turut dibawa . Amanda dipanggil lembut . Tiada tindak balas . Ustaz ... tiba- tiba ketawanya itu mati . Wajahnya berubah serius . “ Jin ? Aku Mayang ! " balasnya garang . " Kau bukan ...
... tiba nanti. Rosaklah reputasinya nanti jika kelab kebudayaan di bawah naungannya tiada apa-apa untuk dipersembahkan. Pengganti Amanda harus dicari! Sama ada yang sama atau tiada persembahan langsung pada hari itu! Hatinya tekad untuk ...
... berasa tidak selesa. Auni dan Waheeda memandang sekeliling, mencari Cikgu Zarina. Mereka tiba tepat seperti yang diarahkan tetapi tiada tanda guru yang dicari ada di situ. Mata Auni terhenti pada langsir yang sedang beralun . Nampak.
... tiba-tiba cerah. Satu demi satu lampu dinyalakan. Seorang gadis berpakaian lengkap persis seorang puteri memulakan langkah tarian. Lagu Ulik Mayang sayup- sayup kedengaran. Lenggoknya lemah gemalai mengikut irama lagu. Jari-jemarinya ...
You have reached your viewing limit for this book.