Puaka Pentas Dewan SekolahAmanda semakin asyik dalam tariannya. Menari mengikut irama. Membawa diri dalam alunan Ulik Mayang sambil memejamkan mata. Tarian Amanda kelihatan lebih baik daripada hari sebelumnya. Seolah-olah ada yang mengawal pergerakannya. “Cikgu, tengok Amanda!” jerit seorang pelajar kebudayaan sambil menuding jari ke pentas. Jeritan itu mengejutkan lamunan Cikgu Zarina. Amanda masih menari, namun kakinya tidak lagi menjejak lantai pentas! Cikgu Zarina menjerit memanggil Amanda. Hatinya bergolak resah. Dia tahu Amanda kesurupan. Jika tidak, mana mungkin pelajarnya boleh terapung demikian! Muzik dihentikan, namun tarian Amanda masih terus berlangsung. Sesekali bunyi esakan perlahan-lahan kedengaran, seolah-olah ada gadis sedang menangis di bawah papan-papan lantai pentas dewan sekolah mereka itu. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya. |
From inside the book
Results 1-5 of 21
... Tanpa ada cacat cela Entah dari mana, alunan muzik Ulik Mayang berkumandang. Gadis misteri itu memegang tangan Amanda seolah-olah mengajarnya menari mengikut alunan klasik itu. Amanda khayal dalam alunan. Dari wajah, dagu, tangan, dan ...
... tanpa badan kekal di situ. Amanda kaget! "Aaaahhhh!" Jeritan nyaring bergema. Lampu di dalam dorm dipasang serentak. Kesemua pelajar perempuan mengerumuni Amanda yang berselubung. Salah seorang pelajar menarik perlahan hujung selimut ...
... tanpa alunan muzik igauannya. Dengkuran halus mula kedengaran. Bersilih ganti dalam kegelapan malam. “Semua ambil tempat masing-masing. Ikut step yang kita practise semalam. Jangan keraskan tangan. Lembutkan selagi boleh. Cikgu tahu you ...
... tanpa sedar . Bahunya disentuh . Dia mendongak , melihat wajah Cikgu Zarina yang tersenyum kepadanya . " Waheeda , awak boleh duduk di sebelah Auni . Auni ketua pelajar dan juga ketua dorm di sini . Oh ya , Waheeda , kalau tak salah ...
... tanpa diketahui hujung pangkalnya. Mayang pinang diperasapkan dan dipukul ke tubuhnya tiga kali sebelum dijulang ke udara. Mata merahnya memandang langit yang mulai hitam. Manteranya semakin kusyuk dibaca manakala sementara itu syaitan ...