Puaka Pentas Dewan SekolahAmanda semakin asyik dalam tariannya. Menari mengikut irama. Membawa diri dalam alunan Ulik Mayang sambil memejamkan mata. Tarian Amanda kelihatan lebih baik daripada hari sebelumnya. Seolah-olah ada yang mengawal pergerakannya. “Cikgu, tengok Amanda!” jerit seorang pelajar kebudayaan sambil menuding jari ke pentas. Jeritan itu mengejutkan lamunan Cikgu Zarina. Amanda masih menari, namun kakinya tidak lagi menjejak lantai pentas! Cikgu Zarina menjerit memanggil Amanda. Hatinya bergolak resah. Dia tahu Amanda kesurupan. Jika tidak, mana mungkin pelajarnya boleh terapung demikian! Muzik dihentikan, namun tarian Amanda masih terus berlangsung. Sesekali bunyi esakan perlahan-lahan kedengaran, seolah-olah ada gadis sedang menangis di bawah papan-papan lantai pentas dewan sekolah mereka itu. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya. |
From inside the book
Results 1-5 of 30
... tangan Amanda seolah-olah mengajarnya menari mengikut alunan klasik itu. Amanda khayal dalam alunan. Dari wajah, dagu, tangan, dan pinggulnya dibetulkan postur ketika menari. Amanda akur. Langkahnya diatur perlahan menarikan irama ...
... tangan yang memegangnya terasa kasar menggerutu. Malah, di belakang bahunya, ada cecair berbau menitis dari gadis itu. Hanyir! Amanda menoleh. Tekaknya yang mulai mual ditahan. Matanya melingas sekeliling. Gadis itu tiada! Hanya ...
... tangan. Lembutkan selagi boleh. Cikgu tahu you can do it. Amanda... jangan berangan lagi. Selendang tu pastikan guna!” arah Cikgu Zarina selaku guru kebudayaan Sekolah Menengah Syahputri Awalludin. Dia perlu pastikan segala-galanya ...
... tangan . Sekali lagi kelas senyap seketika . " Panggil saya Waheeda . Ayah kerja askar . Saya memang kerap berpindah . Cuma kali ini berharap ... biarlah lama sedikit sampai habis SPM . Letih berpindah ni , ” rungut Waheeda tanpa sedar ...
... maknanya masih jauh . Auni tergamam . Waheeda memegang kejap tangan Auni . Kulitnya yang cerah bertukar pucat bagai tiada darah yang mengalir . Dadanya " berdebar - debar , terkejut kerana mendengar alunan lagu tersebut.