Puaka Pentas Dewan SekolahAmanda semakin asyik dalam tariannya. Menari mengikut irama. Membawa diri dalam alunan Ulik Mayang sambil memejamkan mata. Tarian Amanda kelihatan lebih baik daripada hari sebelumnya. Seolah-olah ada yang mengawal pergerakannya. “Cikgu, tengok Amanda!” jerit seorang pelajar kebudayaan sambil menuding jari ke pentas. Jeritan itu mengejutkan lamunan Cikgu Zarina. Amanda masih menari, namun kakinya tidak lagi menjejak lantai pentas! Cikgu Zarina menjerit memanggil Amanda. Hatinya bergolak resah. Dia tahu Amanda kesurupan. Jika tidak, mana mungkin pelajarnya boleh terapung demikian! Muzik dihentikan, namun tarian Amanda masih terus berlangsung. Sesekali bunyi esakan perlahan-lahan kedengaran, seolah-olah ada gadis sedang menangis di bawah papan-papan lantai pentas dewan sekolah mereka itu. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya. |
From inside the book
Results 1-5 of 27
... tadi . Malah , tingkapnya tertutup rapat . Tiada tanda - tanda ada orang di situ seperti tadi . " Auni ? " panggil Cikgu Zarina . " Kenapa , Auni ? Ada yang tak kena ? " tanya Cikgu Zarina prihatin . Auni menggeleng perlahan . Dia cuba ...
... tadi kami .... " Tergagap - gagap Auni cuba meluahkan . Debarannya masih belum hilang . Tenggoroknya terasa kesat . Masih cuba menghadam apa yang berlaku sebentar tadi . " Mereka ada di mana saja , Auni , Waheeda . Tambah waktu maghrib ...
... tadi. Nak cakap banyak pasal tu, cikgu pun tak pasti. Yang cikgu tahu, dia cedera. Dada retak dengan kaki patah kalau tak silap. Cikgu baru melawat dia minggu lepas di rumah. Tapi, dia tak nak bercakap langsung. Termenung saja. Bila ...
... sambil mengurut pergelangan tangannya . " Cabul mulut kau ni ! Tak baiklah cakap macam tu ! Aku tak sedap hati . Aku rasa Cikgu Zarina tu ' sesuatu'lah . Apa dia nak buat dengan lilin merah, kemenyan, kain kuning tadi tu?” Auni.
... tadi tu?” Auni mempersoalkan. Hatinya bimbang melihat kesemua barang- barang yang bersepahan tadi. “Kan cikgu cakap untuk pementasan. Biasalah, Ulik Mayang. Ada lilin merah, ada mayang pinang, gutil tembaga, bunga, bertih jantan ...