Puaka Pentas Dewan SekolahAmanda semakin asyik dalam tariannya. Menari mengikut irama. Membawa diri dalam alunan Ulik Mayang sambil memejamkan mata. Tarian Amanda kelihatan lebih baik daripada hari sebelumnya. Seolah-olah ada yang mengawal pergerakannya. “Cikgu, tengok Amanda!” jerit seorang pelajar kebudayaan sambil menuding jari ke pentas. Jeritan itu mengejutkan lamunan Cikgu Zarina. Amanda masih menari, namun kakinya tidak lagi menjejak lantai pentas! Cikgu Zarina menjerit memanggil Amanda. Hatinya bergolak resah. Dia tahu Amanda kesurupan. Jika tidak, mana mungkin pelajarnya boleh terapung demikian! Muzik dihentikan, namun tarian Amanda masih terus berlangsung. Sesekali bunyi esakan perlahan-lahan kedengaran, seolah-olah ada gadis sedang menangis di bawah papan-papan lantai pentas dewan sekolah mereka itu. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya. |
From inside the book
Results 1-5 of 23
... perlahan-lahan membentuk bayang seorang gadis. Amanda terpana. Kakinya bagai dipasak ke lantai. Dia tidak mampu bergerak walau sedikit pun. Hatinya berdebar-debar. Matanya tetap memandang gadis tersebut, apatah lagi kejelitaannya yang ...
... perlahan hujung selimut. Amanda menggigil ketakutan. Mukanya ditutup dengan kedua-dua belah tangan. Bahunya terhinjuthinjut menahan esakan. Mereka semua berdiri mengelilingi katil Amanda. Ada yang terpisat-pisat menggosok mata, ada juga ...
... Perlahan-lahan Amanda menghayati lirik dan melodi sekali gus membiarkan dirinya tenggelam dalam keasyikan irama. Ulik mayang kuulik Ulik dengan jala-jemala Ulik mayang diulik Ulik dengan tuannya puteri Ulik mayang diulik Ulik dengan ...
... perlahan. Hatinya dipagut resah. Bimbang terjadi perkara yang sama. Dia tahu, pasti Waheeda bakal menggantikan tempat Amanda yang cedera. “Cikgu? Oo... cikgu?” “Cikgu...?” Pintu ditolak perlahan apabila salam yang diberi tidak ada ...
... perlahan . Dia cuba menyedapkan hati . Mungkin hanya sekadar mainan perasaan walaupun hatinya tetap mengatakan bahawa ada seseorang di sebalik langsir sebentar tadi . Tetapi , siapa ? Perbincangan mengenai pementasan Ulik Mayang ...