Puaka Pentas Dewan SekolahAmanda semakin asyik dalam tariannya. Menari mengikut irama. Membawa diri dalam alunan Ulik Mayang sambil memejamkan mata. Tarian Amanda kelihatan lebih baik daripada hari sebelumnya. Seolah-olah ada yang mengawal pergerakannya. “Cikgu, tengok Amanda!” jerit seorang pelajar kebudayaan sambil menuding jari ke pentas. Jeritan itu mengejutkan lamunan Cikgu Zarina. Amanda masih menari, namun kakinya tidak lagi menjejak lantai pentas! Cikgu Zarina menjerit memanggil Amanda. Hatinya bergolak resah. Dia tahu Amanda kesurupan. Jika tidak, mana mungkin pelajarnya boleh terapung demikian! Muzik dihentikan, namun tarian Amanda masih terus berlangsung. Sesekali bunyi esakan perlahan-lahan kedengaran, seolah-olah ada gadis sedang menangis di bawah papan-papan lantai pentas dewan sekolah mereka itu. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya. |
From inside the book
Results 1-5 of 17
... mendengar. Mungkin dengan cara itu, kau tak terbeban sangat,” pujuk Auni. Amanda hanya diam tidak berkutik. Membisu seribu bahasa seperti kebiasaannya. “Aku tidur dulu, esok ada kelas. Kalau ada apaapa, kau jerit saja panggil aku,” ujar ...
... dekat , maknanya masih jauh . Auni tergamam . Waheeda memegang kejap tangan Auni . Kulitnya yang cerah bertukar pucat bagai tiada darah yang mengalir . Dadanya " berdebar - debar , terkejut kerana mendengar alunan lagu tersebut.
Sabrina Ismail, Lyla, CikPuan Fifi. berdebar - debar , terkejut kerana mendengar alunan lagu tersebut , tetapi siapa yang menyanyi ? Kedua - dua gadis itu pegun berdiri . Sedikit pun tidak bergerak . Kaki terasa bagai dipasung ketat ...
... mendengar penjelasan guru kebudayaannya. “Waheeda, boleh kita balik dorm? Sekejap lagi nak siap pergi kuliah maghrib pula. Kalau tak silap aku, ada bacaan Yasin malam ni di surau,” ujar Auni mencelah perlahan. Sudah menjadi kewajipannya ...
You have reached your viewing limit for this book.