Puaka Pentas Dewan SekolahAmanda semakin asyik dalam tariannya. Menari mengikut irama. Membawa diri dalam alunan Ulik Mayang sambil memejamkan mata. Tarian Amanda kelihatan lebih baik daripada hari sebelumnya. Seolah-olah ada yang mengawal pergerakannya. “Cikgu, tengok Amanda!” jerit seorang pelajar kebudayaan sambil menuding jari ke pentas. Jeritan itu mengejutkan lamunan Cikgu Zarina. Amanda masih menari, namun kakinya tidak lagi menjejak lantai pentas! Cikgu Zarina menjerit memanggil Amanda. Hatinya bergolak resah. Dia tahu Amanda kesurupan. Jika tidak, mana mungkin pelajarnya boleh terapung demikian! Muzik dihentikan, namun tarian Amanda masih terus berlangsung. Sesekali bunyi esakan perlahan-lahan kedengaran, seolah-olah ada gadis sedang menangis di bawah papan-papan lantai pentas dewan sekolah mereka itu. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya. |
From inside the book
Results 1-5 of 46
... melihat rakannya hanya mendiamkan diri. Amanda diselimutkan sebelum dia berlalu menutup suis lampu. Amanda terpaku. Bukan dia tidak mahu berkongsi rasa dengan Auni tetapi mimpi yang dialami terasa bagai benar- benar terjadi. Pergelangan ...
... melihat wajah Cikgu Zarina yang tersenyum kepadanya . " Waheeda , awak boleh duduk di sebelah Auni . Auni ketua pelajar dan juga ketua dorm di sini . Oh ya , Waheeda , kalau tak salah saya , awak ni pelajar kebudayaan , kan ? Awak mahir ...
... udara. Mata merahnya memandang langit yang mulai hitam. Manteranya semakin kusyuk dibaca manakala sementara itu syaitan bersorak gembira melihat manusia yang tumpas ke jalan yang dimurkai-Nya. " Waheeda , kita tak ada banyak masa lagi .
... melihat kesemua barang- barang yang bersepahan tadi. “Kan cikgu cakap untuk pementasan. Biasalah, Ulik Mayang. Ada lilin merah, ada mayang pinang, gutil tembaga, bunga, bertih jantan. Banyaklah lagi. Takkan tak tahu?” balas Waheeda ...
... melihat rakannya , Norliesa terkebilkebil . Ternyata tiada yang tahu bahawa segala alat - alat pawang akan digunakan . " Saya cikgu atau awak ? Sekarang cikgu nak nampak real . Bukan sekadar melepas batok di tangga . Awak tak tahu apa ...