Puaka Pentas Dewan SekolahAmanda semakin asyik dalam tariannya. Menari mengikut irama. Membawa diri dalam alunan Ulik Mayang sambil memejamkan mata. Tarian Amanda kelihatan lebih baik daripada hari sebelumnya. Seolah-olah ada yang mengawal pergerakannya. “Cikgu, tengok Amanda!” jerit seorang pelajar kebudayaan sambil menuding jari ke pentas. Jeritan itu mengejutkan lamunan Cikgu Zarina. Amanda masih menari, namun kakinya tidak lagi menjejak lantai pentas! Cikgu Zarina menjerit memanggil Amanda. Hatinya bergolak resah. Dia tahu Amanda kesurupan. Jika tidak, mana mungkin pelajarnya boleh terapung demikian! Muzik dihentikan, namun tarian Amanda masih terus berlangsung. Sesekali bunyi esakan perlahan-lahan kedengaran, seolah-olah ada gadis sedang menangis di bawah papan-papan lantai pentas dewan sekolah mereka itu. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya. |
From inside the book
Results 1-5 of 34
... mahu berkongsi rasa dengan Auni tetapi mimpi yang dialami terasa bagai benar- benar terjadi. Pergelangan tangannya terasa sakit sepertimana dalam mimpinya. Bimbang jika dikongsi, dia dikatakan gila pula. Saranan Auni diikuti dan tidak ...
... mahu menyelak langsir , pintu bilik ditolak . “ Eh , kamu berdua . Cikgu minta maaf . Mesyuarat habis lewat tadi . " Kerusi ditarik dan Cikgu Zarina terus duduk . Seketika , wajah mereka berdua dipandang bergilir - gilir . Guru muda itu ...
... mahu mempamerkan yang terbaik. “Waheeda, cikgu nak awak pandai main mimik muka. Masa keluar pentas, pandang penonton tapi sesekali awak pandang Norliesa ni macam tengah marah sebab utamanya nak ambil pesakit, kan? Benda semua ni kena ...
... mahu mempertikaikannya? Auni menarik kembali tangan rakannya. Dia cuba menyedapkan hatinya sedangkan dia tahu ada yang tidak kena. Masakan pementasan belum bermula tetapi lilin merah dah dinyalakan? Untuk apa? Pasti ada tujuannya. Jika ...
You have reached your viewing limit for this book.