Puaka Pentas Dewan SekolahAmanda semakin asyik dalam tariannya. Menari mengikut irama. Membawa diri dalam alunan Ulik Mayang sambil memejamkan mata. Tarian Amanda kelihatan lebih baik daripada hari sebelumnya. Seolah-olah ada yang mengawal pergerakannya. “Cikgu, tengok Amanda!” jerit seorang pelajar kebudayaan sambil menuding jari ke pentas. Jeritan itu mengejutkan lamunan Cikgu Zarina. Amanda masih menari, namun kakinya tidak lagi menjejak lantai pentas! Cikgu Zarina menjerit memanggil Amanda. Hatinya bergolak resah. Dia tahu Amanda kesurupan. Jika tidak, mana mungkin pelajarnya boleh terapung demikian! Muzik dihentikan, namun tarian Amanda masih terus berlangsung. Sesekali bunyi esakan perlahan-lahan kedengaran, seolah-olah ada gadis sedang menangis di bawah papan-papan lantai pentas dewan sekolah mereka itu. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya. |
From inside the book
Results 1-5 of 24
... kembali ke tempat masing-masing sementara Auni berdiri di sisi menenangkan Amanda. Segelas air suam dihulur dan Amanda meneguknya perlahan. Auni hanya memerhati. Bimbang dengan keadaan Amanda yang seringkali dihantui mimpi buruk ...
... kembali lelap tanpa alunan muzik igauannya. Dengkuran halus mula kedengaran. Bersilih ganti dalam kegelapan malam. “Semua ambil tempat masing-masing. Ikut step yang kita practise semalam. Jangan keraskan tangan. Lembutkan selagi boleh ...
... beg masingmasing. Norliesa beredar dengan rakannya manakala Waheeda kembali kepada cikgu tarinya. “Cikgu, saya nak cakap sikit, boleh?” soal Waheeda separa berbisik. “Ada apa, Waheeda? Jangan cakap kamu nak berhenti, ya? Menangis.
... kembali kepada Cikgu Zarina . Guru muda itu gugup . Dia melingas ke sekitar , bimbang ada yang terdengar . Lilin merah itu diambil dan dimasukkan ke dalam tas tangannya . " Cikgu ... cikgu nak guna dalam pementasan nanti . Dah ... dah ...
... kembali tangan rakannya. Dia cuba menyedapkan hatinya sedangkan dia tahu ada yang tidak kena. Masakan pementasan belum bermula tetapi lilin merah dah dinyalakan? Untuk apa? Pasti ada tujuannya. Jika untuk aroma terapi, bukan itu bentuk ...