Puaka Pentas Dewan SekolahAmanda semakin asyik dalam tariannya. Menari mengikut irama. Membawa diri dalam alunan Ulik Mayang sambil memejamkan mata. Tarian Amanda kelihatan lebih baik daripada hari sebelumnya. Seolah-olah ada yang mengawal pergerakannya. “Cikgu, tengok Amanda!” jerit seorang pelajar kebudayaan sambil menuding jari ke pentas. Jeritan itu mengejutkan lamunan Cikgu Zarina. Amanda masih menari, namun kakinya tidak lagi menjejak lantai pentas! Cikgu Zarina menjerit memanggil Amanda. Hatinya bergolak resah. Dia tahu Amanda kesurupan. Jika tidak, mana mungkin pelajarnya boleh terapung demikian! Muzik dihentikan, namun tarian Amanda masih terus berlangsung. Sesekali bunyi esakan perlahan-lahan kedengaran, seolah-olah ada gadis sedang menangis di bawah papan-papan lantai pentas dewan sekolah mereka itu. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya. |
From inside the book
Results 1-5 of 33
... hati . Mungkin hanya sekadar mainan perasaan walaupun hatinya tetap mengatakan bahawa ada seseorang di sebalik langsir sebentar tadi . Tetapi , siapa ? Perbincangan mengenai pementasan Ulik Mayang berjalan lancar sebaik sahaja Waheeda ...
... hati . " Okey semua . Kita berhenti di sini . Setakat ni semua cantik . Yang jadi puteri - puteri tu , ingat step . Jangan melangkah terlalu laju atau jauh dari orang depan . Jalan bagai model , langkah biar teratur . Nelayan dan pawang ...
... hati. “Saya nak tanya. Saya dengar orang cakap yang Amanda kesurupan masa menari. Ada yang tak kena ke, cikgu? Dan saya tak nampak pun di mana Amanda. Semua senyap bila saya bertanyakan Amanda. Seolah-olah dia bukan pelajar sini pula ...
... sambil mengurut pergelangan tangannya . " Cabul mulut kau ni ! Tak baiklah cakap macam tu ! Aku tak sedap hati . Aku rasa Cikgu Zarina tu ' sesuatu'lah . Apa dia nak buat dengan lilin merah, kemenyan, kain kuning tadi tu?” Auni.
You have reached your viewing limit for this book.