Puaka Pentas Dewan SekolahAmanda semakin asyik dalam tariannya. Menari mengikut irama. Membawa diri dalam alunan Ulik Mayang sambil memejamkan mata. Tarian Amanda kelihatan lebih baik daripada hari sebelumnya. Seolah-olah ada yang mengawal pergerakannya. “Cikgu, tengok Amanda!” jerit seorang pelajar kebudayaan sambil menuding jari ke pentas. Jeritan itu mengejutkan lamunan Cikgu Zarina. Amanda masih menari, namun kakinya tidak lagi menjejak lantai pentas! Cikgu Zarina menjerit memanggil Amanda. Hatinya bergolak resah. Dia tahu Amanda kesurupan. Jika tidak, mana mungkin pelajarnya boleh terapung demikian! Muzik dihentikan, namun tarian Amanda masih terus berlangsung. Sesekali bunyi esakan perlahan-lahan kedengaran, seolah-olah ada gadis sedang menangis di bawah papan-papan lantai pentas dewan sekolah mereka itu. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya. |
From inside the book
Results 1-5 of 31
... tersebut. Terasa halus dan licin tangan gadis yang menjadi guru tarinya. Namun, semakin banyak tubuh badan Amanda disentuh, semakin kasar rasanya. Amanda mula berasa tidak selesa setelah ULIK MAYANG KESAWRI Cik Puan Fifi.
... guru kebudayaan Sekolah Menengah Syahputri Awalludin. Dia perlu pastikan segala-galanya sempurna menjelang perasmian sekolah ke-100 tahun. Apatah lagi sekolah mereka dikenali dengan tarian kebudayaan sejak dahulu lagi. “Music... on ...
... guru lelaki . Tangga turut dibawa . Amanda dipanggil lembut . Tiada tindak balas . Ustaz Razif mengalunkan azan manakala pelajar lain diminta membaca ayatul Kursi . Amanda yang masih terapung telah kaku di udara . Matanya terbeliak ...
... guru lelaki yang sedang meletakkan tilam di atas pentas. Ustaz Razif menghampiri Amanda. Cikgu Zarina memangku Amanda yang masih tidak sedarkan diri. Ambulans dipanggil dan Amanda yang cedera parah dibawa ke hospital. Kakinya patah ...
... guru kelas. Salam bersambut dan para pelajar kelas mulai riuh menyambut kedatangan pelajar baru itu. Rata-rata memuji kecantikannya dengan kulit putih melepak dan kurus tinggi. Rambutnya yang panjang dan perang semula jadi turut ...