Puaka Pentas Dewan SekolahAmanda semakin asyik dalam tariannya. Menari mengikut irama. Membawa diri dalam alunan Ulik Mayang sambil memejamkan mata. Tarian Amanda kelihatan lebih baik daripada hari sebelumnya. Seolah-olah ada yang mengawal pergerakannya. “Cikgu, tengok Amanda!” jerit seorang pelajar kebudayaan sambil menuding jari ke pentas. Jeritan itu mengejutkan lamunan Cikgu Zarina. Amanda masih menari, namun kakinya tidak lagi menjejak lantai pentas! Cikgu Zarina menjerit memanggil Amanda. Hatinya bergolak resah. Dia tahu Amanda kesurupan. Jika tidak, mana mungkin pelajarnya boleh terapung demikian! Muzik dihentikan, namun tarian Amanda masih terus berlangsung. Sesekali bunyi esakan perlahan-lahan kedengaran, seolah-olah ada gadis sedang menangis di bawah papan-papan lantai pentas dewan sekolah mereka itu. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya. |
From inside the book
Results 1-5 of 19
... berdua . Cikgu minta maaf . Mesyuarat habis lewat tadi . " Kerusi ditarik dan Cikgu Zarina terus duduk . Seketika , wajah mereka berdua dipandang bergilir - gilir . Guru muda itu tersenyum . Botol mineral di atas mejanya dibuka dan ...
... berdua . " Nyanyi ? Nyanyi apa ? Aku tak nyanyi apa - apa pun , ” balas Waheeda kehairanan . " Ulik Mayang ... kalau bukan kau yang nyanyi , siapa yang .... ' Auni berhenti berkata - kata apabila irama lagu keramat itu kedengaran lagi ...
... berdua resah . “ Astaghfirullahal'azim . Apa kena kamu berdua ni ? Nak masuk maghrib ni . Kenapa masih berdiri di luar ? Mandi pun belum lagi ni ? Kita ada kuliah maghrib di surau hari ni , kan ? " tegur Ustaz Razif perlahan sekadar ...
... ? " soal Cikgu Zarina lantang . " Baik , cikgu ! ” Bergema dewan dengan suara pelajar - pelajar kebudayaan itu . Kemudian mereka bersurai pulang ke dorm masing - masing . “Norliesa, Waheeda, awak berdua tunggu sekejap,” arah guru muda itu.
Sabrina Ismail, Lyla, CikPuan Fifi. “Norliesa, Waheeda, awak berdua tunggu sekejap,” arah guru muda itu lagi. Pelajar berdua itu menuruni pentas dan menghampiri cikgu tersebut. “Kenapa, cikgu?” soal Norliesa bersahaja. Guru muda itu ...