Puaka Pentas Dewan SekolahAmanda semakin asyik dalam tariannya. Menari mengikut irama. Membawa diri dalam alunan Ulik Mayang sambil memejamkan mata. Tarian Amanda kelihatan lebih baik daripada hari sebelumnya. Seolah-olah ada yang mengawal pergerakannya. “Cikgu, tengok Amanda!” jerit seorang pelajar kebudayaan sambil menuding jari ke pentas. Jeritan itu mengejutkan lamunan Cikgu Zarina. Amanda masih menari, namun kakinya tidak lagi menjejak lantai pentas! Cikgu Zarina menjerit memanggil Amanda. Hatinya bergolak resah. Dia tahu Amanda kesurupan. Jika tidak, mana mungkin pelajarnya boleh terapung demikian! Muzik dihentikan, namun tarian Amanda masih terus berlangsung. Sesekali bunyi esakan perlahan-lahan kedengaran, seolah-olah ada gadis sedang menangis di bawah papan-papan lantai pentas dewan sekolah mereka itu. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya. |
From inside the book
Results 1-5 of 20
... balik dorm , selawat zikrullah dalam perjalanan dan tunaikan kewajipan kamu . Nanti pergi ke surau biar berteman dan beramai - ramai . Saya tak nak ada yang ' cuti ' ke surau hari ini . Kosongkan asrama . Faham , Auni ? " pesan Ustaz ...
... balik dan cikgu harap kamu berdua praktikkan apa yang cikgu cakap ni.” Mereka bertiga mengangguk. Kemudian mereka bertiga berlari-lari anak mendapatkan beg masingmasing. Norliesa beredar dengan rakannya manakala Waheeda kembali kepada ...
... balik dorm? Sekejap lagi nak siap pergi kuliah maghrib pula. Kalau tak silap aku, ada bacaan Yasin malam ni di surau,” ujar Auni mencelah perlahan. Sudah menjadi kewajipannya mengingatkan rakan-rakan sementelah hari sudah lewat petang ...
... balik dorm . Nanti lambat , jangan cakap saya yang tahan pula , " gesa Cikgu Zarina . " Baik , cikgu . Kami pergi dulu , " ujar Auni sambil menarik tangan Waheeda menurutinya . Setelah agak jauh , Waheeda menarik tangannya . Sakit ...
You have reached your viewing limit for this book.