Puaka Pentas Dewan SekolahAmanda semakin asyik dalam tariannya. Menari mengikut irama. Membawa diri dalam alunan Ulik Mayang sambil memejamkan mata. Tarian Amanda kelihatan lebih baik daripada hari sebelumnya. Seolah-olah ada yang mengawal pergerakannya. “Cikgu, tengok Amanda!” jerit seorang pelajar kebudayaan sambil menuding jari ke pentas. Jeritan itu mengejutkan lamunan Cikgu Zarina. Amanda masih menari, namun kakinya tidak lagi menjejak lantai pentas! Cikgu Zarina menjerit memanggil Amanda. Hatinya bergolak resah. Dia tahu Amanda kesurupan. Jika tidak, mana mungkin pelajarnya boleh terapung demikian! Muzik dihentikan, namun tarian Amanda masih terus berlangsung. Sesekali bunyi esakan perlahan-lahan kedengaran, seolah-olah ada gadis sedang menangis di bawah papan-papan lantai pentas dewan sekolah mereka itu. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya. |
From inside the book
Results 1-5 of 17
... Ustaz Razif!" jerit Cikgu Zarina. Dia tahu Amanda kesurupan. Jika tidak, mana mungkin kejadian seperti ini boleh berlaku. Muzik dihentikan tetapi Amanda masih menerawang di udara , menari.
... Ustaz Razif tiba dengan beberapa orang guru lelaki . Tangga turut dibawa . Amanda dipanggil lembut . Tiada tindak balas . Ustaz Razif mengalunkan azan manakala pelajar lain diminta membaca ayatul Kursi . Amanda yang masih terapung telah ...
... Ustaz Razif menghampiri Amanda. Cikgu Zarina memangku Amanda yang masih tidak sedarkan diri. Ambulans dipanggil dan Amanda yang cedera parah dibawa ke hospital. Kakinya patah akibat terjatuh dari tempat tinggi dan dadanya retak. Darah ...
... Ustaz Razif perlahan sekadar mengingatkan . Bukan dia tidak tahu ada yang sedang mengusik anak muridnya . Dari ekor matanya , terlihat entiti yang mengganggu namun tidak diendahkan . " Ustaz ... tadi kami .... " Tergagap - gagap Auni ...
... Ustaz Razif menjawab perlahan salam yang diberi. Serentak dengan itu, bau hanyir dan hamis menusuk hidung bersilih ganti. Suara rintihan sayup-sayup kedengaran diiringi dengan lolongan anjing. Ustaz Razif bertafakur seketika sebelum ...