Puaka Pentas Dewan SekolahAmanda semakin asyik dalam tariannya. Menari mengikut irama. Membawa diri dalam alunan Ulik Mayang sambil memejamkan mata. Tarian Amanda kelihatan lebih baik daripada hari sebelumnya. Seolah-olah ada yang mengawal pergerakannya. “Cikgu, tengok Amanda!” jerit seorang pelajar kebudayaan sambil menuding jari ke pentas. Jeritan itu mengejutkan lamunan Cikgu Zarina. Amanda masih menari, namun kakinya tidak lagi menjejak lantai pentas! Cikgu Zarina menjerit memanggil Amanda. Hatinya bergolak resah. Dia tahu Amanda kesurupan. Jika tidak, mana mungkin pelajarnya boleh terapung demikian! Muzik dihentikan, namun tarian Amanda masih terus berlangsung. Sesekali bunyi esakan perlahan-lahan kedengaran, seolah-olah ada gadis sedang menangis di bawah papan-papan lantai pentas dewan sekolah mereka itu. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya. |
From inside the book
Results 1-5 of 21
... Kenapa , Auni ? Ada yang tak kena ? " tanya Cikgu Zarina prihatin . Auni menggeleng perlahan . Dia cuba menyedapkan hati . Mungkin hanya sekadar mainan perasaan walaupun hatinya tetap mengatakan bahawa ada seseorang di sebalik langsir ...
... Kenapa masih berdiri di luar ? Mandi pun belum lagi ni ? Kita ada kuliah maghrib di surau hari ni , kan ? " tegur Ustaz Razif perlahan sekadar mengingatkan . Bukan dia tidak tahu ada yang sedang mengusik anak muridnya . Dari ekor ...
... Kenapa, cikgu?” soal Norliesa bersahaja. Guru muda itu memandang pelajarnya dari atas sampai bawah. Kemudian, Waheeda juga dipandang. “Norliesa, masa awak tengok pesakit tu, gunalah bahan yang ada tu. Pegang dupa tu. Bangun perasapkan ...
... kenapa ? Nak kata kena kejar hantu , masih siang lagi ni , " seloroh Waheeda sambil mengurut pergelangan tangannya . " Cabul mulut kau ni ! Tak baiklah cakap macam tu ! Aku tak sedap hati . Aku rasa Cikgu Zarina tu ' sesuatu'lah . Apa ...
You have reached your viewing limit for this book.