Puaka Pentas Dewan SekolahAmanda semakin asyik dalam tariannya. Menari mengikut irama. Membawa diri dalam alunan Ulik Mayang sambil memejamkan mata. Tarian Amanda kelihatan lebih baik daripada hari sebelumnya. Seolah-olah ada yang mengawal pergerakannya. “Cikgu, tengok Amanda!” jerit seorang pelajar kebudayaan sambil menuding jari ke pentas. Jeritan itu mengejutkan lamunan Cikgu Zarina. Amanda masih menari, namun kakinya tidak lagi menjejak lantai pentas! Cikgu Zarina menjerit memanggil Amanda. Hatinya bergolak resah. Dia tahu Amanda kesurupan. Jika tidak, mana mungkin pelajarnya boleh terapung demikian! Muzik dihentikan, namun tarian Amanda masih terus berlangsung. Sesekali bunyi esakan perlahan-lahan kedengaran, seolah-olah ada gadis sedang menangis di bawah papan-papan lantai pentas dewan sekolah mereka itu. Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya. |
From inside the book
Results 1-5 of 12
... . Mati akal Auni dibuatnya. “Aku tak tahu kau mimpi apa tapi sebelum tidur, kau bacalah Al-Fatihah, tiga Qul dan ayatul Kursi. Basahkan lidah kau dengan kalimat-Nya. Insya-Allah dengan izin-Nya, kau takkan diganggu. Kalau kau.
Sabrina Ismail, Lyla, CikPuan Fifi. dengan kalimat-Nya. Insya-Allah dengan izin-Nya, kau takkan diganggu. Kalau kau nak cerita kat aku, aku sedia mendengar. Mungkin dengan cara itu, kau tak terbeban sangat,” pujuk Auni. Amanda hanya diam ...
... Allah, cikgu,” ujar Auni perlahan. Hatinya dipagut resah. Bimbang terjadi perkara yang sama. Dia tahu, pasti Waheeda bakal menggantikan tempat Amanda yang cedera. “Cikgu? Oo... cikgu?” “Cikgu...?” Pintu ditolak perlahan apabila salam ...
You have reached your viewing limit for this book.
You have reached your viewing limit for this book.