So, you nak buat PhD?Mohamad Zahir Zainudin, Jan 2, 2018 - 73 pages Buku ini mengandungi sepuluh bab. Bab pertama diketengahkan peluang yang datang pada masa yang tepat untuk menyambung pelajaran di peringkat PhD. Peluang ini datang bersama kesedaran dan keinginan untuk mengubah diri dan kehidupan. Bab kedua adalah ulasan tentang kepentingan belajar sehingga ke peringkat PhD. Barangkali dalam kalangan kita tidak begitu mengambil tahu kepentingan PhD namun hari ini keilmuan seseorang diiktiraf melalui gelaran “doktor” yang diperolehi melalui proses pembelajaran yang sukar di peringkat PhD. Bab ketiga merupakan pengalaman penulis yang mendapat sapaan dan jemputan untuk menjadi pelajar PhD kepada Profesor Datuk Dr Roziah Omar, ketua Kluster Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan, Majlis Profesor Negara. Di sinilah perjalanan sebagai pelajar PhD bermula, suka duka dan susah payah yang berulit dengan kegembiraan. Bab ini juga menjadi asas kepada peningkatan ilmu dan kepakaran penulis dalam bidang yang diambilnya. Di samping itu, bab ini dimuatkan etika dalam penyelidikan yang perlu diketahui dan kaedah membuat kerangka teoritikal dalam cadangan kajian PhD. Bab empat berkaitan pengurusan metodologi kajian iaitu satu topik yang sangat kritikal dalam PhD. Tanpa pengetahuan dan kemahiran metodologi, pelajar PhD tidak dapat menguasai tonggak utama dalam mana-mana penyelidikan selepas itu. Antara kandungan bab ini ialah penyelidikan kualitatif, kaedah menentukan kesahan dan kebolehpercayaan, mengumpulkan data secara kualitatif, membuat analisis data yang diperolehi dan menulis laporan kajian. Bab lima adalah perkongsian tentang menulis artikel dan menerbitkannya dalam jurnal seperti yang dikehendaki oleh universiti. Bab ini menerangkan tip dan pengalaman pensyarah senior yang sangat biasa dengan artikel dan jurnal berwasit. Bab enam merupakan pengalaman unik penulis iaitu berhadapan dengan ujian lisan atau viva. Setiap pelajar PhD yang hendak melengkapkan pengajian perlu menghadapi detik-detik ini kerana ia menentukan sama ada lulus atau tidak. Dalam bab ini dimuatkan persediaan umum untuk menghadapi viva, keadaan sehari sebelum viva dan juga apa yang perlu dilakukan selepas viva. Bab tujuh menceritakan kegembiraan penulis kerana dapat hadir ke konvokesyen sebagai pelajar bergraduat PhD. Pada hari tersebut beliau bertuah kerana dapat menerima ijazah daripada Canselor Universiti Malaya. Seterusnya bab lapan adalah kesimpulan penulis berkaitan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh seorang pelajar PhD. Cabaran-cabaran ini merangkumi cabaran dalaman dan luaran yang biasa dihadapi dan perlu diharungi jika mahu berjaya menamatkan pengajian PhD. Bab sembilan dan sepuluh adalah bab bonus daripada penulis sebagai kenang-kenangan dan juga perkongsian pengalaman cerita manis dan menarik yang beliau alami sepanjang bergelar pelajar PhD di Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya. |
Contents
Section 1 | 1 |
Section 2 | 4 |
Section 3 | 8 |
Section 4 | 11 |
Section 5 | 12 |
Section 6 | 16 |
Section 7 | 24 |
Section 8 | 27 |
Section 10 | 37 |
Section 11 | 41 |
Section 12 | 42 |
Section 13 | 44 |
Section 14 | 45 |
Section 15 | 48 |
Section 16 | 51 |
Section 17 | 54 |
Section 9 | 29 |
Common terms and phrases
Allah SWT aplikasi artikel bahagian bentuk bergraduat berkaitan berkenaan bidang bilik viva buku cabaran cadangan Canselor dalaman dan luaran Dewan Tunku Canselor digunakan dikaji dilakukan doktor falsafah dokumen dunia akademik etika etnografi fizikal fokus Google Docs hadapan hasil kajian ijazah ijazah kedoktoran ilmu internet Izaidin jurnal Justeru kaedah kajian kualitatif kebolehpercayaan kedua kejayaan keluarga kerangka teoritikal kesahan konvokesyen kualiti lapangan Latvia maklum balas maklumat Mariani melengkapkan memahami memastikan membantu memberi membuat memiliki mencari mendapat mengambil mengenai mengenal pasti menggunakan mentor merangkumi motivasi Nik Nur Madihah Nissan pakar panduan pelajar PhD pelbagai pembangunan sosial pembelajaran pemerhatian pemeriksa dalaman pendidikan pengalaman Pengkalan Chepa pengumpulan data pensyarah penulisan penyelia Penyelidikan Kualitatif perjalanan perlu pernah persediaan pertama Profesor James Midgley proses Putrajaya Rajah Rajah Rajah responden Riau sampel sangat sebelum viva selepas viva semasa setiap soalan subjek surat tahap tahu tangan teh hijau teknik tempoh temubual tesis tinggi Universiti Islam Antarabangsa Universiti Malaya Youtube