TRANSFORMASI SOSIAL MALAYSIA: KUMPULAN ESEI

Front Cover
Mohamad Zahir Bin Zainudin, Apr 23, 2018
Buku ini merupakan himpunan tulisan dari blog zahirzainudin.blogspot.my dalam bidang sosial. Kumpulan artikel yang dimuatkan adalah berkaitan pendidikan, masalah sosial, perumahan, kependudukan, pembasmian kemiskinan dan pemerkasaan wanita. Dua artikel awal menjelaskan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadikan perpaduan sebagai asas pembangunan negara.

Setiap artikel yang ditulis turut diselitkan dapatan-dapatan kajian dan statistik supaya pembaca mendapat maklumat terkini.

Artikel ketiga berkaitan peranan pendidikan bagi mengatasi masalah sosial. Artikel ini membincangkan kaedah pendidikan tradisional dan moden yang diutarakan oleh pelbagai tokoh di dalam dan luar negara. Penulis turut menyenaraikan 25 jenis masalah sosial yang melibatkan golongan remaja hari ini.

Dalam artikel keempat, penulis membincangkan impak Pendidikan Islam ke atas pembentukan peribadi pelajar. Artikel ini membincangkan peranan Pendidikan Islam dalam masyarakat Islam ketika kegemilangan Tamadun Islam sehingga menyebabkan sultan-sultan Melayu di Melaka menggiatkan usaha memperkasa ilmu di istana. Sejarah perjalanan Pendidikan Islam di Malaysia dimuatkan sebagai panduan kepada pembaca menilai Pendidikan Islam di Malaysia.

Artikel kelima berkaitan senario gejala sosial di Malaysia supaya pembaca mendapat gambaran kedudukan semasa masalah sosial. Artikel ini menggariskan masalah dan langkah-langkah penyelesaian yang boleh diambil oleh pelbagai pihak supaya masyarakat tidak terbeban dengan kepentingan sosial yang sedang berlaku dalam masyarakat ketika ini.

Artikel keenam memberi tumpuan kepada peranan pendidikan untuk mengubah nasib hidup golongan miskin. Aspek utama dalam artikel ini adalah pencapaian Malaysia dalam Malaysian Development Goals dan statistik perubahan celik huruf rakyat Malaysia dalam tempoh 15 setahun.

Pekerja asing menjadi sebahagian daripada masalah sosial di negara ini. Bilangan pekerja asing yang besar dalam pelbagai sektor mengundang resah kerana menimbulkan pelbagai kesan sosial dalam masyarakat. Artikel ketujuh ini mengupas kesungguhan pekerja asing untuk bekerja di Malaysia menggunakan pelbagai saluran masuk.

Penceraian keluarga muda dimuatkan dalam artikel kelapan. Artikel ini mengupas faktor-faktor yang mempengaruhi penceraian pasangan Islam di samping pemaparan statistik perkahwinan. Selain itu, impak penceraian juga dihuraikan kerana kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri perlu juga mengambil kira kesan terhadap anak-anak selepas mereka bercerai.

Artikel kesembilan berkaitan impak sosial terhadap penempatan. Kewujudan setinggan mencetuskan banyak masalah kepada persekitaran perumahan sedia ada khususnya masalah sosial. Antara masalah yang muncul adalah kemerosotan pencapaian akademik, dadah, keciciran sekolah dan keganasan rumah tangga.

Mobiliti sosial semakin berkembang dalam masyarakat Malaysia kerana wujud banyak persaingan dalam pelbagai bidang. Masyarakat yang bersifat tertutup tidak dapat pergi lebih jauh dalam era hari ini. Justeru, artikel kesepuluh membincangkan kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk meningkatkan mobiliti sosial masyarakat tanpa mengira kaum.

Artikel berkaitan belia dimuatkan dalam artikel kesebelas yang memfokuskan kepada pembangunan modal insan. Golongan belia sangat penting kepada kemakmuran dan keharmonian negara kerana bilangan mereka adalah majoriti. Pendidikan terhadap golongan belia Malaysia boleh dibandingkan dengan pendidikan di Finland supaya kaedah pendidikan negara itu dapat dipraktikkan di Malaysia. Dalam artikel ini dimuatkan isu-isu yang melingkari golongan belia seperti pengangguran, budaya berniaga, jati diri, pendidikan sepanjang hayat dan kemahiran insaniah.

Artikel terakhir berkaitan memperkasa keusahawanan wanita Malaysia. Artikel ini meneroka kesediaan pelbagai pihak untuk membantu wanita Malaysia melibatkan diri mereka dalam pelbagai industri. Penglibatan wanita Malaysia dibantu oleh pelbagai dasar dan pendekatan kerajaan yang merangkumi pembentukan budaya niaga, latihan dan pemasaran.
 

What people are saying - Write a review

We haven't found any reviews in the usual places.

Contents

Senarai Rajah
4
Senarai Carta
13
1 Saluran TV pilihan
17
2 Jumlah penduduk Tanah Melayu 19411957
23
1 Jumlah penduduk mengikut umur
25
1
30
1 Kes keganasan rumah tangga mengikut negeri 20072015
31
1 Statistik pelumba haram yang ditangkap 20012004
53
3 Bilangan kes keganasan rumah tangga mengikut negeri 2016
59
1 Pecahan jenayah pesalah juvana 1318 tahun JanFeb 2009
60
dan tingkah laku devian di sekolah Boehnke Winkels 2002
62
1 Kadar celik huruf Malaysia
67
1 Umur min perkahwinan pertama 19802014
75
1 Peratusan kanakkanak tidak terkawal mengikut
78
1 Bilangan setinggan mengikut negeri 2014
81
70
135

Common terms and phrases

Bibliographic information