So, you nak buat PhD?

Front Cover
Mohamad Zahir Zainudin, Jan 2, 2018 - 73 pages
Buku ini mengandungi sepuluh bab.

Bab pertama diketengahkan peluang yang datang pada masa yang tepat untuk menyambung pelajaran di peringkat PhD. Peluang ini datang bersama kesedaran dan keinginan untuk mengubah diri dan kehidupan.

Bab kedua adalah ulasan tentang kepentingan belajar sehingga ke peringkat PhD. Barangkali dalam kalangan kita tidak begitu mengambil tahu kepentingan PhD namun hari ini keilmuan seseorang diiktiraf melalui gelaran “doktor” yang diperolehi melalui proses pembelajaran yang sukar di peringkat PhD.

Bab ketiga merupakan pengalaman penulis yang mendapat sapaan dan jemputan untuk menjadi pelajar PhD kepada Profesor Datuk Dr Roziah Omar, ketua Kluster Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan, Majlis Profesor Negara. Di sinilah perjalanan sebagai pelajar PhD bermula, suka duka dan susah payah yang berulit dengan kegembiraan. Bab ini juga menjadi asas kepada peningkatan ilmu dan kepakaran penulis dalam bidang yang diambilnya. Di samping itu, bab ini dimuatkan etika dalam penyelidikan yang perlu diketahui dan kaedah membuat kerangka teoritikal dalam cadangan kajian PhD.

Bab empat berkaitan pengurusan metodologi kajian iaitu satu topik yang sangat kritikal dalam PhD. Tanpa pengetahuan dan kemahiran metodologi, pelajar PhD tidak dapat menguasai tonggak utama dalam mana-mana penyelidikan selepas itu. Antara kandungan bab ini ialah penyelidikan kualitatif, kaedah menentukan kesahan dan kebolehpercayaan, mengumpulkan data secara kualitatif, membuat analisis data yang diperolehi dan menulis laporan kajian.

Bab lima adalah perkongsian tentang menulis artikel dan menerbitkannya dalam jurnal seperti yang dikehendaki oleh universiti. Bab ini menerangkan tip dan pengalaman pensyarah senior yang sangat biasa dengan artikel dan jurnal berwasit.

Bab enam merupakan pengalaman unik penulis iaitu berhadapan dengan ujian lisan atau viva. Setiap pelajar PhD yang hendak melengkapkan pengajian perlu menghadapi detik-detik ini kerana ia menentukan sama ada lulus atau tidak. Dalam bab ini dimuatkan persediaan umum untuk menghadapi viva, keadaan sehari sebelum viva dan juga apa yang perlu dilakukan selepas viva.

Bab tujuh menceritakan kegembiraan penulis kerana dapat hadir ke konvokesyen sebagai pelajar bergraduat PhD. Pada hari tersebut beliau bertuah kerana dapat menerima ijazah daripada Canselor Universiti Malaya.

Seterusnya bab lapan adalah kesimpulan penulis berkaitan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh seorang pelajar PhD. Cabaran-cabaran ini merangkumi cabaran dalaman dan luaran yang biasa dihadapi dan perlu diharungi jika mahu berjaya menamatkan pengajian PhD.

Bab sembilan dan sepuluh adalah bab bonus daripada penulis sebagai kenang-kenangan dan juga perkongsian pengalaman cerita manis dan menarik yang beliau alami sepanjang bergelar pelajar PhD di Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya.

From inside the book

What people are saying - Write a review

We haven't found any reviews in the usual places.

Selected pages

Contents

Section 1
1
Section 2
4
Section 3
8
Section 4
11
Section 5
12
Section 6
16
Section 7
24
Section 8
27
Section 10
37
Section 11
41
Section 12
42
Section 13
44
Section 14
45
Section 15
48
Section 16
51
Section 17
54

Section 9
29

Common terms and phrases

Bibliographic information