SOROTAN LITERATUR DASAR SOSIAL DALAM PEMBANGUNAN KOMUNITI DI MALAYSIA DAN INDONESIA

Front Cover
Mohamad Zahir Zainudin, Dec 18, 2017 - 51 pages

 Pembangunan sosial merupakan sebahagian daripada penyumbang kepada kemajuan negara. Kerangka pembangunan ekonomi yang mendasari kemajuan negara-negara dunia lebih lima dekad yang lalu semakin diselarikan dengan kerangka pembangunan sosial kerana implikasi yang besar ke atas pembangunan manusia dan alam sekitar. Penekanan ke atas pembangunan sosial yang bermula sekitar tahun 1980-an telah dilihat penting demi kelestarian dan kemajuan sesebuah negara. Bentuk dan corak pentadbiran di Malaysia dan Indonesia mempengaruhi pembangunan sosial kedua-dua buah negara. Situasi sosial jauh berbeza berdasarkan jumlah penduduk, perubahan-perubahan yang berlaku dan trend dalam sejarah pembangunan negara. Perbezaan ini wujud disebabkan usaha-usaha pembasmian kemiskinan yang dilakukan oleh kedua-dua buah negara bergerak pada kadar yang tidak sekata. Pembentukan dasar sosial menjadi bertambah penting untuk mengurus komuniti yang semakin berkembang dan kompleks. Dasar sosial di Malaysia dikenali sebagai Dasar Sosial Negara manakala di Indonesia dikenali sebagai Sistem Jaminan Sosial Nasional. Dalam melaksanakan perancangan pembangunan sosial, persekitaran semula jadi dalam hubungan di antara pelaksana dasar dan kumpulan sasar adalah sama penting dengan kandungan dasar. Impak dasar sosial dalam pendidikan, kesihatan dan kerjaya, kerapkali bergantung kepada aktiviti yang terlibat dalam kalangan individu dan komuniti. Memberi tumpuan kepada hubungan dan interaksi ini dapat meningkatkan kefahaman impak dasar sosial dalam kalangan komuniti di Malaysia dan Indonesia. 

 

Selected pages

Contents

Section 1
15
Section 2
19
Section 3
27
Section 4
36

Common terms and phrases

Bibliographic information