Makhluk Asing dari Galaksi Yusuf

Front Cover
Mohamad Bin Ayob, Jan 1, 2016 - Juvenile Fiction

 Allah berfirman dalam surah At-Thalaq ayat 12, “Allah dialah yang telah mencipta tujuh angkasa dan seperti itu pula, bumi.”

Ibn Abbas yang bijak Al-Quran, apabila ditanya apa yang dimaksudkan dengan tujuh bumi dalam ayat di atas memberitahu, di setiap bumi ada nabi seperti nabi kamu, Nuh seperti Nuh kamu, Ibrahim seperti Ibrahim kamu dan Isa seperti Isa kamu.

Dengan tersangkut-sangkut Amir memberi respon, “Bu, bumi?... Galaksi lain? Jadi kamu ini...?”

Pantas, dengan muka yang bangga, Umang memotong, “Ya Aku makhluk asing.”

Amir terdiam sebentar kemudian menyambung semula, “Aku ingat kamu semua bermuka ikan dan bertelanjang?”

Mata Umang terbeliak, pipinya dikembungkan dengan angin dari mulutnya, lalu dia berkata, “Err, aku boleh menerima muka ikan tetapi kamu percayakah makhluk asing yang mempunyai teknologi merentas ruang angkasa dalam pada masa yang sama tidak menjumpai teknologi menjahit pakaian?”

Mereka berdua terdiam.

Umang bersuara semula, “Lawaklah kamu manusia ni.”

Amir Faiz seorang budak sekolah rendah yang bercuti di kampung datuknya telah menangkap satu makhluk yang mencuri ikan dari lukahnya. Makhluk itu berjanji menunaikan permintaan Amir jika dia dilepaskan.

About the author (2016)

Suka membaca penemuan sains yang membenarkan Al-Quran.

Hubungi, binjaie (at) gmail.com

Bibliographic information