FIKIRAN ANDA HIDUP ANDA: LETUSAN IDEA YANG MENGUBAH 360 DARJAH HIDUP ANDA

Front Cover
Mohamad Zahir Bin Zainudin, Dec 2, 2017 - 135 pages
Tujuh tindakan yang memberi inspirasi kepada anda untuk memulakan langkah perubahan hari ini. Buku ini mengandungi tujuh bab.

Bab 1 bertajuk Peta Matlamat Hidup sehinggalah Bab 7 iaitu Merancang dan Bertindak. Semua artikel dalam buku ini menyasarkan pembaca untuk bertindak mengubah keadaan hidup mereka dengan mengubah cara berfikir.

Dalam setiap bab, terdapat kata-kata hikmah oleh tokoh-tokoh terkenal seperti Zig Ziglar dan Walt Disney. Kata-kata ini boleh memberi motivasi kepada pembaca untuk berfikir ke arah mencapai matlamat hidup mereka dalam pelbagai aspek seperti kewangan, pendidikan, pekerjaan dan kehidupan berkeluarga.

Kekuatan buku ini ialah artikel yang ringkas dan menggunakan pelbagai jenis latar seperti pemerhatian penulis, kisah kejayaan atau kegagalan, cerita silam dan tips. Secara tidak sedar pembaca menyerap inti pati artikel berkenaan untuk dijadikan sebagai panduan dalam membuat transformasi diri mereka.

Buku ini juga dihasilkan supaya pembaca sentiasa bermotivasi untuk mengubah kehidupan sedia ada menjadi lebih berkualiti dan membahagiakan semua orang.

Sasaran pembaca buku ini merangkumi pelajar sekolah dan universiti, pekerja dan masyarakat umum. Mereka menjadi sasaran kerana buku ini menggunakan bahasa harian yang mudah difahami dan ada kaitan dengan apa yang mereka fikirkan.

Justeru, buku ini bakal menambahkan penerbitan bahan ilmiah yang cenderung merangsang pembaca untuk melakukan transformasi hidup mereka.

Bibliographic information