Fonetik dan fonologi Fonetik dan Fonologi ini menyajikan deskripsi dan perbincangan saintifik tentang sistem bunyi bahasa Melayu. Pembaikan ditambah pada aspek prosodi, intonasi, analisis spektografi, dan pendeskripsian bunyi-bunyi bahasa. Buku ini meneliti korpus bahasa Melayu bagi melihat aspek-aspek yang belum dikaji melalui fonetik eksperimental seperti intonasi, kesantunan, dan analisis spektografi. Ia memperkenalkan kajian fonetik eksperimental kepada para pelajar dan pensyarah fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Antara perkara yang disampaikan dalam buku ini adalah dapatan eksperimen mengenai intonasi ayat dasar, segmentasi unit maklumat, makna emosi, serta hubungan maknanya dan dapatan analisis spektografi bagi bunyi-bunyi bahasa dalam bahasa Melayu. Oleh sebab itu buku ini mesti dimiliki oleh pelajar dan pensyarah bidang linguistik Melayu. |